NILAM
Pengenalan
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau
adunan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan
memberikan pengiktirafan yang sesuai.
Matlamat
Membudayakan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Objektif
Membiat tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan
pelajar.
Strategi
• Memupuk sikap murid supaya suka dan banyak membaca.
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan
inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Tiga elemen Program Nilam
Rekod Membaca
Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku
Rekod Bacaan NILAM.
Pengesahan pembacaan
Guru kelas, guru akademik, dan ibu bapa mengesahkan rekod
bacaan murid.
Pengiktirafan
Pengiktirfan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku
yang dibaca
Program NILAM mempunyai 2 Tahap:
• Tahap Jauhari
• Tahap Rakan Pembaca (RP)
Tahap Jauhari
• Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu
tabiat. Semua murid diwajibkan mengikuti galakan membaca dalam Tahap Jauhari
• Murid mula mengikuti aktiviti galakan membaca sebaik
sahaja mereka menguasai kemahiran asas (pertengahan tahun untuk Tahun 1).
Pengiktirafan
|
Jumlah Bacaan Buku (SR)
|
Jumlah Bacaan Buku (SM)
|
Gangsa
|
90 –179
|
72 - 143
|
Perak
|
180 – 269
|
144 - 215
|
Emas
|
270 – 358
|
126 - 287
|
NILAM
|
360 ke atas
|
288 ke atas
|
Tahap Rakan Pembaca (RP)
• Setelah membaca 100 buah buku dalam Tahap Jauhari, murid
layak dimasukkan ke dalam Tahap Rakan Pembaca.
• Murid membentuk kumpulan RP masing-masing yang tidak
lebih daripada 10 orang ahli.
• Murid mendapat bimbingan daripada guru (fasilitator).
• Murid menjalankan sebarang aktiviti berkaitan buku seperti
ulasan buku, aktiviti bercerita, membaca bersama-sama rakan, keluarga, dan
jiran.
• Aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan RP disahkan oleh
guru / penjaga
Sistem Ganjaran Rakan Pembaca
Markah Pengiktirafan
Pengiktirafan
|
Markah
|
Gangsa
|
100 – 199
|
Perak
|
200 - 299
|
Emas
|
300 – 399
|
NILAM
|
400 ke atas
|
Pengiktirafan peringkat sekolah
Tahunan:
• Buku Rekod Kemajuan
• Kad kumulatif
Keseluruhan
• Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah
menengah
• Sijil Berhenti Sekolah
• Surat Akuan Sekolah
Contoh cadangan aktiviti NILAM
• Program Iqra’
• Membaca Bersama
• Ceramah Buku
• Pertandingan Membaca
• Khemah Membaca
• Pameran Buku
• Teater Membaca
Masa yang disaran untuk Program NILAM
• Dimasukkan ke dalam jadual waktu, satu waktu dalam
pengajaran bahasa.
• Masa khas, contohnya 10 minit sebelum waktu sekolah
bermula dan waktu rehat.
• Waktu untuk aktiviti perpustakaan.
• Waktu senggang.
Sumber bahan bacaan
• Perpustakaan sekolah
• Perpustakaan awam
• Perpustakaan keluarga
• Perpustakaan FELDA
• Perpustakaan KEMAS
• Perpustakaan Ibu Pejabat Polis Daerah
• Sudut bacaan di masjid
Pengiktirafan
Murid-murid yang berjaya menamatkan program NILAM mendapat
keistimewaan untuk pemilihan ke Sekolah Rancangan Khas, Sekolah Berasrama
Penuh, penajaan biasiswa ,dan Institut Pengajian Tinggi Awam.
Rumusan
Program ini merupakan program galakan membaca apa-apa, di
mana-mana, bila-bila, dan merekodkannya untuk mencapai pengiktirafan, serta
mengajak orang lain turut membaca sehingga terbinanya satu budaya membaca dalam
kalangan rakyat Malaysia.
0 komentar:
Post a Comment