1. Buat Seekor Ulat Buku – Pelajar
menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini
boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’.
2. Rakan Membaca – Pelajar memilih
seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh
saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.
3. Mendirikan Satu Program Membaca –
Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan
di mana bahan dapat diperolehi.
4. Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri –
Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan
merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri.
5. Diari Membaca Mingguan – Pelajar
menyemak kemajuan membacanya minggu demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun
jenis bahan yang dibaca.
6. Ulasan Buku Mobail – Pelajar
menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan ulasan buku di bilik darjah.
7. Menghayati Puisi – Pelajar melahirkan
respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai
dan sebab mereka berasa begitu.
8. Baris Demi Baris- Pelajar meneliti
perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk memahami sebauah puisi dengan
lebih baik.
9. Mengumpul Perkataan – Pelajar
menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul perkataan menurut ‘kumpulan’ supaya
mereka dapat membuat rujukan dengan mudah.
10. Kisahkan Semula Sebuah Cerita –
Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian
menulis – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya,
kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.
11. Melukis Model – Berpasangan, pelajar
mengambil giliran membaca gambaran tentang suatu tempat atau suasana yang
dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-masing mendapat giliran
melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya kemudian.
12. Halaman Masalah – Dengan
membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah buku cerita, pelajar
menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada halaman
masalah dalam majalah kegemarannya.
13. Kerangka Cerita – Memperkenalkan
satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen berdasarkan latar, watak, masalah
dan penyelesaian.
14. Urutan Cerita – Pelajar menambah
satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang disukainya untuk menamatkan cerita
itu seperti yang diingininya.
15. Apa Yang Diberitahu Kepada Kamu? Pelajar
membaca sepintas lalu beberapa perenggan daripada sebuah buku cerita, dan
memikirkan apa idea utama perenggan-perenggan itu.
16. Pesan Tersirat – Pelajar
mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi dan novel untuk mencungkil
mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam karyanya.
17. Luaskan Idea Kamu – Pelajar
menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan kefahamannya berdasarkan sebuah
cerita menarik yang dibacanya. Misalnya dengan menggunakan segala maklumat
tentang watak utama, dia memerihalkan keadaan watak itu pada zaman kanak-kanak.
18. Dua Aktiviti Dengan Lakonan – Pelajar
dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah cerita dengan menterjemahkannya ke
dalam bentuk lakonan, dan kemudian melakonkannya di dalam kelas.
19. Tamu Minggu Ini – Pelajar
membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin menampilkan watak kegemarannya
dalam rancangan ‘Tamu Minggu Ini’. Oleh itu dia terpaksa menyediakan suatu ringkasan
mengenai watak seperti nama, keluarga dan pencapaiannya.
20. Membanding Dan Membeza – Pelajar
menggunakan rajah Venn untuk membandingkan keadaan sesuatu watak sebelum dan
selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya, atau membandingkan dua watak dalam sebuah
cerita.
21. Merentas Dunia – Pelajar membaca
buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan maklumat seperti ibu negeri dan
kehidupan rakyatnya.
22. Mengumpul Maklumat – Sambil membaca,
pelajar mengisi beberapa kotak disekeliling satu tajuk dengan fakta-fakta atau
maklumat penting berkaitan dengan tajuk itu dan kemudian menyusun nota-nota itu
menurut urutan yang munasabah.
23. Buat Sebuah Buku Fakta – Pelajar
mencari fakta-fakta menarik daripada ensaiklopedia dan kemudian menyalin dan
melengkapkannya untuk membuat sebuah buku.
24. Berkongsi Dan Berbincang – Berpasangan,
pelajar menerokai dan membaca bersama-sama sebuah buku untuk mencari maklumat
tentang satu tajuk yang dipilih mereka.
25. Merancang Satu Persembahan – Kumpulan-kumpulan
pelajar merancang dan mengelola suatu persembahan berdasarkan sebuah carita
yang telah dibaca.
26. Biodata Tokoh Terkenal – Pelajar
membuat profil seoramg tokoh yang diminati menggunakan seberapa banyak punca
maklumat yang dapat diperolehi.
27. Cari Khazanah!/Sumber Hunt Berpandukan
satu salinan peta, pelajar menulis arahan dan membacakan arahan itu kepada
kawan-kawannya untuk memandu mereka mencari khazanah yang disembunyikannya di
suatu tempat dalam peta itu.
28. Membaca Gambar Rajah – Berpasangan,
pelajar mengambarkan gambar rajah yang dipilih dari sebuah buku supaya rakannya
dapat melukis gambar rajah itu hanya dengan mendengar gambarannya.
29. Surat Berita – Pelajar-pelajar
menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari aktiviti-aktiviti menarik dan
menerbitkannya dalam bentuk surat berita.
30. Buku Ditangan – Pelajar-pelajar
sentiasa bersama buku dimana-mana saja mereka berada.
31. Projek Pukal – Kotak buku bacaan
yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru kelas. Buku sentiasa
ditukar ganti.
32. Anotasi Buku – Pelajar membuat
ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
33. Khemah Membaca – Pelajar didedahkan
dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek.
Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus.
34. Kuiz Bestari –Kuiz berkaitan dengan
matapelajaran di sekolah.
35. 30/40 Minit Bersama Buku – AJK
projek memilih hari dan masa yang sesuai mengikut jadual waktu. Hari dan masa
akan berubah pada minggu berikutnya melibatkan semua warga sekolah. Aktiviti
membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran pada waktu tersebut. Catatan
dimasukkan dalam buku program dan buku catatan membaca.
36. Minggu Galakkan Membaca – AJK
memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam bentuk
pertandingan.
37. Buku Skrap – Merupakan aktiviti
bulanan dan bahan diambil daripada petikan majalah atau akhbar.
38. Wadah Bestari – Pelajar diberi satu
tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa buah buku untuk memetik
fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan mingguan. Pelajar lain
dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tersebut. Guru mengambil masa
beberapa minit di kelas untuk sesi perbincangan.
39. Menulis Buku – Pelajar diberi satu
tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak berdasarkan contoh buku.
Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku dihasilkan. Hasil yang baik diberi
ganjaran.
40. Melukis Kulit Buku – Pelajar perlu
membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku yang dipertandingkan tiada
mempunyai kulit ( buku rosak- dibaik pulih).
41. Projek Berwawasan – Pelajar Membaca
buku fiksyen. Mereka membuat sinopsis, ulasan, perkataan baru dalam buku rekod
membaca.
42. Hentian Ilmu/ Laluan Iqra – Bahan
bacaan diletakkan disudut-sudut tertentu untuk dibaca oleh murid pada waktu
rehat.
43. 1 + 1 = 100 (Diskusi Buku) – Seorang
pelajar membaca sebuah buku disebarkan kepada 100 orang rakannya.
44. Projek Cakna – Pelajar membaca bahan
dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual ditempat-tempat yang
dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan mambantu pelajar yang tidak
boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak boleh membaca dengan baik.
Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman
pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan
boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik,
kartun dan kulit buku.
45. Program ‘Walking Dictionary’- Pelajar
memakai tag nama dimana perkataan perbendaharaan kata bagi minggu itu
diperkenalkan.
0 komentar:
Post a Comment