Read More

Bilik APD 2018

Suasana Bilik APD 2018
Read More

PLC Cafe

PLC Cafe Pusat Sumber Tun Seri Lanang
Read More

Ekspress Tun Seri Lanang

Konsep Stesen Keretapi Pstsl
Read More

Taman herba Al-Firdaus

Koleksi Herba
Read More

Makmal Komputer SKBR

Makmal Komputer Berwajah baru

Tuesday, October 9, 2018

Penilaian Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2018
























Read More

Sunday, October 7, 2018

Foto Bilik PSS dan Taman SKBR




Read More

Saturday, October 6, 2018

Perancangan Aktiviti Tahunan Blog PSS


Read More

Tuesday, October 2, 2018

Makkah Live

Read More

Sunday, September 30, 2018

LITERASI MAKLUMAT KONSEP LITERASI MAKLUMAT

LITERASI MAKLUMAT
KONSEP LITERASI MAKLUMAT

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.

Kepentingan Literasi Maklumat

Dasar pembangunan negara:

Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.
Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan IT
Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,   berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT
Pembangunan ICT dalam pendidikan
Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat
Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup


Dari aspek Ekonomi

Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :

Organisasi  maya (Virtual Organization)
Bertindak  sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang      pelbagai
Penggunaan   komputer dan sistem elektronik
Setiap   organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning      Organization)


Siapakah yang dikatakan sebagai seorang yang “Berliterasi Maklumat”?

boleh  mengenalpasti maklumat yang diperlukan
boleh  mengenalpasti bila maklumat diperlukan
bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan      atau teknologi
mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.
5 ELEMEN LITERASI MAKLUMAT
1.0. KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF

10. KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN
1.1 Lokasi bahan
1.2 Sistem pengkelasan perpuluhan Dewey
1.3 Bahan-bahan bercetak (Jenis-jenis buku)
1.4 Bahan-bahan Bukan bercetak .

2.1 Penggunaan lembaran pengurusan grafik
2.2 Membanding beza
2.3 Membuat ramalan dan sebagainya

3. KEMAHIRAN BELAJAR
3.1 Membaca
3.2 Teknik mencatat Nota

4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
4.1 Verbal – mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh.
4.2 Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan penyelidikan dan sebagainya.

4.3 Menyediakan citation / nota kaki dan rujukan.

5. KEMAHIRAN ICT
5.1 Pencarian maklumat digital, pangkalan data dan enjin carian.
5.2 Menghasilkan laman web, broser, dan risalah.
5.3 Menggunakan perisian-perisian multimedia.

PERANAN LITERSI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran melalui:

1. Kerja kursus
2. Projek khusus mata pelajaran Tertentu
3. Aktiviti kelas
4. Aktiviti ko-kurikulum
5. Kerja kendiri
6. Program/aktiviti PSS
7. Program membaca

Di Malaysia  model-model yang diguna pakai  adalah :

a. The Big6 Skills – Eisenberg and Berkowitz

Definisi   Tugasan
Kenalpasti masalah
 Kenalpasti keperluan maklumat
Strategi Pencarian Maklumat
  kenalpasti sumber maklumat yang mungkin pilih maklumat   mengikut keutamaan
Lokasi   dan Akses
  kenalpasti lokasi maklumat yang akan dicari (termasuk pengkalan data atas talian)
  mencari maklumat yang relevan
Mengguna   maklumat
kenalpasti jenis maklumat sama ada fakta atau pendapat
meringkaskan maklumat yang panjang lebar
mencatat  sumber maklumat yang diperolehi
membaca, mendengar, mencatat maklumat yang diperolehi dengan tepat
Sintesis
mengurus  dan merumus maklumat yang diperolehi dengan jelas
melapor maklumat yang diperolehi dengan jelas
mengambil  bahagian dalam perbincangan mengenai maklumat yang diperoleh
mempersembah maklumat yang diperolehi sesuai dengan mesej, media dan penonton.
Penilaian
menilai keberkesanan hasil pencarian maklumat
menilai  proses perjalanan pencarian maklumat
mencadangkan  penambahbaikan
kenalpasti  keperluan mencari maklumat lanjut terhadap sebarang kekurangan


Petunjuk kejayaan sesuatu program literasi maklumat di sekolah

 Peningkatan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
Peningkatan Permintaan Terhadap Bahan Maklumat
Peningkatan Permintaan Terhadap Akses Kepada Maklumat
Peningkatan Penyebaran Maklumat
  Peningkatan Pencapaian Akademik
Peningkatan Pencapaian Ko-Kurikulum.
Aktivti penyelesaian masalah dan lain-lain.
Bacaan tambahan berkaitan Literasi maklumat

info dari : https://pssmkcas.wordpress.com/literasi-maklumat/
Read More

Lagu NILAM


Lagu Nilam

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi
NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari

Read More

AKTIVITI NILAM




1. Buat Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’.
2. Rakan Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.
3. Mendirikan Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.
4. Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri.
5. Diari Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.
6. Ulasan Buku Mobail – Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan ulasan buku di bilik darjah.
7. Menghayati Puisi – Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.
8. Baris Demi Baris- Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk memahami sebauah puisi dengan lebih baik.
9. Mengumpul Perkataan – Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul perkataan menurut ‘kumpulan’ supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah.
10. Kisahkan Semula Sebuah Cerita – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.
11. Melukis Model – Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya kemudian.
12. Halaman Masalah – Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah buku cerita, pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya.

13. Kerangka Cerita – Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian.
14. Urutan Cerita – Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang disukainya untuk menamatkan cerita itu seperti yang diingininya.
15. Apa Yang Diberitahu Kepada Kamu? Pelajar membaca sepintas lalu beberapa perenggan daripada sebuah buku cerita, dan memikirkan apa idea utama perenggan-perenggan itu.
16. Pesan Tersirat – Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi dan novel untuk mencungkil mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam karyanya. 
17. Luaskan Idea Kamu – Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan kefahamannya berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya. Misalnya dengan menggunakan segala maklumat tentang watak utama, dia memerihalkan keadaan watak itu pada zaman kanak-kanak.
18. Dua Aktiviti Dengan Lakonan – Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah cerita dengan menterjemahkannya ke dalam bentuk lakonan, dan kemudian melakonkannya di dalam kelas.
19. Tamu Minggu Ini – Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin menampilkan watak kegemarannya dalam rancangan ‘Tamu Minggu Ini’. Oleh itu dia terpaksa menyediakan suatu ringkasan mengenai watak seperti nama, keluarga dan pencapaiannya.
20. Membanding Dan Membeza – Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan keadaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya, atau membandingkan dua watak dalam sebuah cerita.
21. Merentas Dunia – Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan maklumat seperti ibu negeri dan kehidupan rakyatnya.
22. Mengumpul Maklumat – Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak disekeliling satu tajuk dengan fakta-fakta atau maklumat penting berkaitan dengan tajuk itu dan kemudian menyusun nota-nota itu menurut urutan yang munasabah.
23. Buat Sebuah Buku Fakta – Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada ensaiklopedia dan kemudian menyalin dan melengkapkannya untuk membuat sebuah buku.
24. Berkongsi Dan Berbincang – Berpasangan, pelajar menerokai dan membaca bersama-sama sebuah buku untuk mencari maklumat tentang satu tajuk yang dipilih mereka.
25. Merancang Satu Persembahan – Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan mengelola suatu persembahan berdasarkan sebuah carita yang telah dibaca.
26. Biodata Tokoh Terkenal – Pelajar membuat profil seoramg tokoh yang diminati menggunakan seberapa banyak punca maklumat yang dapat diperolehi.
27. Cari Khazanah!/Sumber Hunt Berpandukan satu salinan peta, pelajar menulis arahan dan membacakan arahan itu kepada kawan-kawannya untuk memandu mereka mencari khazanah yang disembunyikannya di suatu tempat dalam peta itu.
28. Membaca Gambar Rajah – Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar rajah yang dipilih dari sebuah buku supaya rakannya dapat melukis gambar rajah itu hanya dengan mendengar gambarannya.
29. Surat Berita – Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari aktiviti-aktiviti menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita.
30. Buku Ditangan – Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku dimana-mana saja mereka berada.
31. Projek Pukal – Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru kelas. Buku sentiasa ditukar ganti.
32. Anotasi Buku – Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
33. Khemah Membaca – Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus.
34. Kuiz Bestari –Kuiz berkaitan dengan matapelajaran di sekolah.
35. 30/40 Minit Bersama Buku – AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya melibatkan semua warga sekolah. Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku catatan membaca.
36. Minggu Galakkan Membaca – AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan.
37. Buku Skrap – Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petikan majalah atau akhbar.
38. Wadah Bestari – Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tersebut. Guru mengambil masa beberapa minit di kelas untuk sesi perbincangan.
39. Menulis Buku – Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku dihasilkan. Hasil yang baik diberi ganjaran.
40. Melukis Kulit Buku – Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku yang dipertandingkan tiada mempunyai kulit ( buku rosak- dibaik pulih).
41. Projek Berwawasan – Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat sinopsis, ulasan, perkataan baru dalam buku rekod membaca.
42. Hentian Ilmu/ Laluan Iqra – Bahan bacaan diletakkan disudut-sudut tertentu untuk dibaca oleh murid pada waktu rehat.
43. 1 + 1 = 100 (Diskusi Buku) – Seorang pelajar membaca sebuah buku disebarkan kepada 100 orang rakannya.
44. Projek Cakna – Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan mambantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku.
45. Program ‘Walking Dictionary’- Pelajar memakai tag nama dimana perkataan perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan.


Read More

Sudut Interaktif


Read More

Gerabak Buku


Read More

Sudut Peta Pemikiran i-Think


Read More

Koleksi Setempat


Read More

PLC Cafe


Read More

Pusat Sumber Berkonsep Stesen Keretapi


Read More

BTemplates.com

Blogroll

Perpustakaan Tun Seri Lanang
43500 Semenyih Selangor
Phone: 03-87247725
Fax: 565-478-1445
Website: https://psstunserilanang.blogspot.com/

About

Copyright © PSS TUN SERI LANANG | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com